assalammualaikum
mood: mengantuk
mood: mengantuk
aku tengah terkebil-kebil tahan mengantuk. aku nak cerita sesuatu ni. tapi aku malas nak update kat Twitter. setahu aku Twitter tempat orang kasi tau apa dia buat sekarang bukan untuk cerita. heee~
Contoh:
- baru lepas berus gigi
- alamak, tertelan ubat gigi
- lepas ni mesti sakit perut
- kalau esok tak bangun tidor
- sila lah kebumikan
- jangan lupa bacakan yassin
- baru lepas berus gigi
- alamak, tertelan ubat gigi
- lepas ni mesti sakit perut
- kalau esok tak bangun tidor
- sila lah kebumikan
- jangan lupa bacakan yassin
haaa.. lebih kurang begitulah kalau update Twitter. hahaha. sila pastikan setiap ayat tu di tweet satu-satu ok. baru haru biru ungu kelabu.
pada aku, Twitter ada tempat aku melepaskan amarah. acewah. betul. aku marah kat Twitter. aku cakap tak puas hati kat Twitter. so Twitter aku hanya akan ber-update bila aku tak puas hati. hahaha. haru biru tak?
ok. disebabkan hari ni aku tak ada ketidakpuasan hati.. maka aku meng-update kat blog aje lah. Sesi Excited Bulan Ramadhan aku yang nombor 1 ialah aku telah memasak lauk untuk sahur. ye, aku tau aku ni bukan la spesies menantu pilihan mak mertua. tapi hari ni aku telah pun memasak, aku rindu nak makan sotong. sotong goreng kuah macam tu je, so aku masak lah.
aku spesies boleh telan lauk biasa-biasa je. tak payah masak asam pedas bagai. aku boleh makan dengan lebih gembira sekiranya lauk aku ialah ikan bilis goreng garing-garing+bawang+cili+telur dadar. perghhh.. itulah lauk favorite aku. makan tak toleh kiri kanan. memang ya lah tak toleh kiri kanan.. bukan nak melintas jalan pun. haha
ok. tu aje aku nak cakap. padahal boleh buat 1 ayat je. -AKU MASAK LAUK SAHUR-
tapi disebabkan blog tak sama dengan Twitter yang kena taip sependek yang boleh.. saje je aku kasi intro panjang lebar. hahaha. okthanksbye.
p/s: payah la kalau dapat laki yang suka makan lauk berat-berat. aku nak makan ikan bilis goreng garing-garing.. laki pulak nak makan rendang ayam. homaigod. tepuk dahi. siapa nak masak?






"


0 comments:
Post a Comment