My Visitors

Friday, August 5, 2011

Mercun Oh Mercun Oh Puasa Oh Raya



 assalammualaikum
-sedang dengar lagu Dream On oleh Aerosmith-



ye.. lagu tu sangat sedap. versi Aerosmith lah jika nak dibandingkan dengan versi Eminem. hehe. aku tak kata lah yang aku ni peminat kipas susah mati.. aku dengar lagu, bukan minat band. haaa.. begitulah ceritanya.

hari ni anda tengok berita? pasal budak main mercun, putus ibu jari, jari telunjuk dan jari hantu tengah nya? hadoiii.. betul kan budak tu umur 19 tahun? tak layak dah nak dipanggil budak. biasanya kalau dengar-dengar berita putus jari ni, biasanya budak-budak dalam umur 11-12 tahun kan? ini 19 tahun pulak.. apa nak jadi lah.

aku tak suka mercun. aku tak suka bunyi mercun. aku pantang orang main mercun. kalau balik rumah atok aku kat Felda tut tut tut tu.. malam raya tak kisah la raya apa pun (raya Islam lah ye) kawasan rumah atok aku tu.. dah macam perang dunia dah.. rumah atok aku yang kat tengah ni, diam je. cucu-cucu ramai balik pun, kitorang tak main mercun.. mungkin tak ada pembekal mercun lah. haha

tapi serius, rumah atok aku paling senyap.. semua orang melepek depan TV, bersembang kat dapur, atau pun melayan sepupu-sepupu yang lebih kecik. tak ada yang sibuk-sibuk duduk kat luar bakar mercun. tapi rumah kiri kanan depan belakang sibuk berperang mercun. melawan siapa punya mercun lagi kuat bunyi nya. bunyi TV pun tak dapat dengar lagi dah sebab mercun semua meletup atas rumah atok aku. terima kasih semua jiran-jiran yang berjaya membuat kami rasa kami ada dalam perang dunia.

berbalik kepada cerita aku yang tak suka pada mercun.. aku mengaku ramai orang ketawa kan aku. gasak la apa kaw nak buat. aku memang lah tak main mercun. ohh aku bukan tak main, tapi aku tak main mercun yang pakai api punya. aku main mercun 'bawang'. pernah dengar? aku panggil mercun bawang.

tak payah nyala-nyala api.. aku baling je kat lantai.. terus meletop.. kebabommm. eh, tak ada lah kebabom sangat. tapi tu pun aku dah takot. pantang aku kalau ada orang baling mercun tu kat kaki aku. memang bakal dapat kata-kata maki cinta free lah dari aku nampak nya.

selain mercun? ye, aku main bunga api sahaja. SAHAJA. tu pun bunga api yang tukar-tukar warna tu, haaaa.. tu aje. hahaha. jangan ketawa kan aku. memang aku tak suka menda alah yang namanya MERCUN. segalaa nama mercun lah. bola, papan, gasing apa semua benda tu.

dulu masa kecik-kecik, aku pernah main mercun roket, yang kita sangkutkan dia kat cawan ke hape.. lepas tu lepas bakar.. dia naik ke udara *ceh gittew* kemudian.. kebabommmm.. pun tak kebabom sangat bunyi dia. tapi pada aku kuat dah.

masa tu aku main dengan atok aku.. lepas bakar, malangnya mercun tu tak ke udara, cawan terjatuh dan mercun tu 'terbang rendah' terus masuk rumah jiran aku. maka keluarlah ayat-ayat maki cinta free dari jiran aku. siapa mastermind? atok aku lah. takkan nak salah kan cucu-cucu nya kot? hahahaha.

tapi, sebenar nya, benda yang aku nak sampaikan di sini ialah.. aku memang tak main mercun. dan sebenar nya aku berdoa tak ada orang yang cedera sebab main mercun sepanjang bulan puasa ni. TETAPI.. baru puasa keempat oiiii.. dah putus jari main mercun. apa nak jadi lah dengan budak-budak sekarang ni. berhenti la weii main mercun. tak de bagus nya.











p/s: mercun bola meletup.. putus 3 jari. kalau meriam buluh budak-budak kampung buat tu meletup? apa yang putus? astagfirullah.. minta dijauhkan ALLAH dari segala malapetaka. AMIN..



0 comments: